Wanfiz Digital
Laman UtamaTanya Harga
Katalog App

Semua katalog kedai, dalam satu app.

Tak perlu lagi cari PDF dalam chat lama. Staf buka app, cari barang, dan terus hantar katalog kepada pelanggan.

Paparan web app Sinar Chrome Katalog
Aksesori lori

Sinar Chrome Katalog

Rak 63 katalog dan pakej combo aksesori lori, tersusun ikut kumpulan seperti lori kecil, lori besar dan topi. Staf cari barang, buka katalog, kemudian hantar PDF kepada pelanggan.

  • 63 katalog dalam 5 kumpulan utama
  • Latar dan logo mengikut jenama Chrome Sinar
  • Carian contoh: Hino 500, lampu, mirror
Paparan web app Smart Enkei Katalog
Aksesori motosikal

Smart Enkei Katalog

Katalog aksesori motosikal disusun ikut model seperti Y16, NVX, Y15ZR dan XMAX, dengan sub-bahagian untuk kategori lebih terperinci. Mudah dibuka semasa melayan pelanggan.

  • 26 katalog ikut model motosikal
  • Sub-bahagian seperti NVX Coverset
  • Carian contoh: Y15, NVX, rim

Kemudahan web app ini

Kedua-dua projek di atas dibina dengan kemudahan yang sama. Web app dibuka melalui pautan, jadi boleh digunakan di telefon, tablet dan komputer.

01

Rak katalog seperti buku

Setiap PDF muncul sebagai kulit buku, tersusun ikut kumpulan dan sub-kumpulan.

02

Carian dalam muka surat

Cari nama katalog atau barang, termasuk teks dalam PDF. Faham lampu dan lamp, dan masih boleh jumpa kalau tersalah eja sedikit.

03

Pembaca skrin penuh

Leret antara muka surat, cubit untuk zum, dan lompat pantas melalui jalur muka surat.

04

Hantar satu tekan

Tekan Hantar untuk kongsi PDF melalui menu telefon. Kalau peranti tak menyokong, PDF dimuat turun untuk dilampirkan di WhatsApp.

05

Tanda barang habis

Lukis pangkah terus pada barang. Tanda itu disimpan dan dipaparkan pada peranti staf lain.

06

Pasang seperti app

Boleh ditambah ke skrin utama dengan ikon sendiri dan dibuka tanpa bar browser, tanpa perlu melalui App Store.

07

Laju pada telefon

Muka surat yang pernah dibuka disimpan dalam peranti, jadi lebih cepat dibuka semula.

08

Sentiasa terkini

Bila katalog berubah, rak dikemas kini sendiri semasa app dibuka semula, atau dengan butang muat semula.

Pemilik urus sendiri.

Tak perlu tunggu pembuat website setiap kali harga berubah. Semuanya dibuat melalui panel Urus Katalog.

Nak app macam ini untuk kedai anda?

Kami sediakan dengan logo, warna dan kumpulan katalog perniagaan anda.

Tanya Harga di WhatsApp →