Kad kahwin digital semakin menjadi pilihan pasangan di Malaysia. Ia lebih murah daripada kad cetak, boleh dikongsi terus di WhatsApp, dan tetamu boleh buka lokasi majlis dengan satu sentuhan. Panduan ini terangkan langkah demi langkah cara menyediakan kad kahwin digital anda.
1. Sediakan maklumat majlis
Sebelum mula, kumpulkan semua maklumat ini supaya kad boleh disiapkan dengan cepat dan tepat:
- Nama penuh pengantin lelaki dan perempuan
- Nama ibu bapa (tuan rumah)
- Tarikh dan masa majlis
- Nama tempat dan alamat penuh, atau pin lokasi Google Maps
- Nombor telefon wakil keluarga untuk dihubungi tetamu
- Doa atau ucapan, jika ada
Tip: semak ejaan nama dua kali dengan keluarga. Ejaan nama ialah perkara yang paling kerap diminta untuk dipinda.
2. Pilih pattern yang sesuai dengan tema
Padankan warna kad dengan tema majlis anda supaya semuanya nampak seragam:
- Tema maroon atau merah: Ros & Emas
- Tema sage atau taman: Matcha White
- Tema hitam dan emas: Royal Gold & Black
- Tema pastel atau nude: Peach Ivory
- Tema biru: Navy Blue & Gold
- Tema ceria dan warna-warni: Banana Strawberry
3. Pastikan kad ada ciri yang tetamu perlukan
Kad digital yang baik bukan sekadar cantik. Ia patut memudahkan tetamu:
- Butang lokasi yang terus buka Waze atau Google Maps
- Butang WhatsApp atau telefon untuk hubungi wakil keluarga
- Simpan ke kalendar supaya tetamu dapat peringatan
- Kiraan detik ke hari majlis
- Tarikh Hijrah di samping tarikh Masihi
Semua ciri ini sudah termasuk dalam Pakej Premium RM19 kami.
4. Tempah dan semak draf
Hantar maklumat melalui WhatsApp. Kad siap dalam masa 1 minggu, dan tempahan segera boleh dibuat jika majlis sudah dekat. Bila draf siap, buka pautan di telefon dan semak setiap butiran: nama, tarikh, masa, lokasi dan nombor telefon. Pakej kami termasuk 3 kali pindaan.
5. Kongsi pada masa yang sesuai
- 4 hingga 6 minggu sebelum majlis: hantar kepada saudara dan rakan rapat
- 2 hingga 3 minggu sebelum majlis: kongsi dalam kumpulan WhatsApp keluarga, pejabat dan rakan
- Beberapa hari sebelum majlis: hantar semula pautan sebagai peringatan
Tip: hantar pautan bersama satu ayat jemputan peribadi. Contoh: "Assalamualaikum, dijemput hadir ke majlis perkahwinan anak kami. Butiran dalam pautan ini."
Soalan berkaitan
Masih ada soalan tentang harga, bayaran atau tempoh pautan aktif? Lihat halaman soalan lazim, atau baca perbandingan kad kahwin digital vs kad cetak.