Soalan lazim
Semua yang anda perlu tahu sebelum tempah kad kahwin digital. Soalan lain? WhatsApp sahaja kami.
Apa itu kad kahwin digital?
Kad kahwin digital ialah kad jemputan perkahwinan dalam bentuk pautan web. Anda kongsi pautan itu di WhatsApp, dan tetamu tekan untuk buka kad di telefon. Kad kami ada animasi buka kad, lokasi Google Maps dan Waze, kiraan detik dan butang untuk hubungi keluarga.
Berapa harga kad kahwin digital di Wedding Digital Card?
Pakej Premium berharga RM19 sekali bayar. Harga ini termasuk semua ciri, mana-mana satu daripada 6 pattern, 3 kali pindaan dan pautan yang boleh dikongsi tanpa had.
Saya tak pandai guna teknologi, boleh tempah?
Boleh. Tekan butang WhatsApp dan hantar maklumat majlis seperti biasa. Kami akan siapkan semuanya untuk anda.
Bagaimana tetamu buka kad ini?
Tetamu hanya tekan pautan yang anda kongsi. Kad terbuka di pelayar telefon, tanpa perlu muat turun aplikasi.
Berapa lama kad siap?
Kad siap dalam masa 1 minggu selepas bayaran dan butiran lengkap diterima. Kalau majlis dah dekat, kami juga boleh buat tempahan segera. Maklumkan tarikh yang diperlukan semasa tempah di WhatsApp.
Maklumat apa yang perlu disediakan?
Nama pengantin lelaki dan perempuan, nama ibu bapa (tuan rumah), tarikh dan masa majlis, nama tempat dan alamat, nombor wakil untuk dihubungi, dan doa atau ucapan jika ada.
Boleh tukar butiran selepas kad siap?
Boleh. Pakej Premium termasuk 3 kali pindaan.
Berapa lama pautan kad aktif?
Pautan kekal aktif sekurang-kurangnya 6 bulan selepas tarikh majlis, sesuai untuk disimpan sebagai kenangan.
Tetamu boleh terus buka lokasi di Waze atau Google Maps?
Boleh. Kad ada butang lokasi. Tetamu tekan sekali dan aplikasi Waze atau Google Maps di telefon mereka terus terbuka ke tempat majlis.
Ada tarikh Hijrah dalam kad?
Ada. Tarikh Hijrah dikira secara automatik berdasarkan tarikh majlis anda.
Boleh guna untuk majlis selain perkahwinan?
Kad kami direka untuk Walimatulurus. Untuk majlis lain seperti tunang atau aqiqah, WhatsApp kami dahulu dan kami akan semak sama ada pattern sedia ada sesuai.
Bagaimana cara bayaran?
Selepas anda WhatsApp kami, kami akan sahkan butiran dan hantar maklumat bayaran melalui WhatsApp.
Tempah kad anda melalui WhatsApp
Pakej Premium RM19, sekali bayar. Siap dalam 1 minggu, tempahan segera pun boleh.
Tempah via WhatsApp